ARKIB

KATEGORI

Spekulasi

SPEKULASI: Suzuki Raider R150 Fi bakal ada aksesori Racing Boy? Azlan Shah mungkin jadi duta produk ke?

Spekulasi

Views

Ini mungkin berita yang bakal menghangatkan lagi ketibaan model Suzuki Raider R150 Fi tidak lama lagi. Satu foto yang memaparkan kelibat Suzuki Raider R150 Fi berwarna merah yang tertera logo syarikat pengeluar aksesori motosikal terkenal, Racing Boy (RCB) bersama pelumba pasukan ONEXOX TKRR SAG, Azlan Shah Kamaruzaman bakal mencetuskan spekulasi.

Foto tersebut telah dimuat naik ke akaun Facebook Hafidz Moro itu turut tertera perkataan “Team Belang Tarung 2022”. Jika merujuk kepada perkataan “Belang”, sudah pasti ia berkait rapat dengan Suzuki Raider R150 Fi.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Motosikal berwarna merah dengan pelekat logo Racing Boy (RCB) itu pula berkemungkinan unit ‘pameran atau prototaip’ Suzuki Raider R150 Fi yang dilengkapi dengan aksesori keluaran syarikat itu, khusus untuk model moped berkenaan.

Cuma yang menjadi tanda tanya adalah kehadiran Azlan Shah yang berada di antara dua lagi individu dalam foto tersebut. Kami menjangkakan beliau bakal menjadi ‘duta produk’ untuk Raider R150 Fi.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Pada hemat kami, pemilihan beliau sebagai duta sememangnya tepat kerana merupakan salah seorang ‘ikon sukan permotoran negara’.

Namun, ada desas-desus mengatakan yang Suzuki Malaysia mungkin akan menghasilkan satu model ‘Edisi Khas’ Raider R150 Fi, kolaborasi bersama dengan Azlan Shah.

Sejauh mana kebenaran info tersebut masih lagi ‘samar-samar’ dan bagi mendapatkan kepastian, kita nantikan kemunculan rasmi Raider R150 Fi terlebih dahulu. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Hafidz Moro

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply