ARKIB

KATEGORI

Tular

Van putih tular bukan penculik yang punya, itu van polis dah…

Tular

Views

Polis menafikan telah menahan van putih yang didakwa digunakan penjenayah untuk kegiatan menculik kanak-kanak di sebuah perumahan di Raub seperti yang tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sejak Isnin.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, gambar van putih yang berada di pekarangan Balai Polis Dong yang tular itu sebenarnya kenderaan milik Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Raub.

 

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Menurutnya, van tersebut digunakan pegawai dan anggota yang menjalankan tugas Ops Tapis di hadapan balai polis itu. Siasatan turut mendapati tiada jenayah culik kanak-kanak berlaku dalam kawasan pentadbiran Balai Polis Dong seperti didakwa.

Tambahnya, beberapa keping gambar van putih yang dirakam berlegar-legar di kawasan Perumahan Murah Dong yang ditularkan sebelum itu juga bukan digunakan penjenayah untuk menculik kanak-kanak.

 

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Hasil siasatan nombor pendaftaran van jenis Era Komuter itu mendapati ia didaftarkan atas nama sebuah syarikat beralamat di Taman Kemajuan, Simpang Kallang di sini.

Mohd Shahril berkata, berdasarkan siasatan, van dipandu seorang lelaki itu sebenarnya datang ke kawasan perumahan tersebut kira-kira jam 8.30 pagi pada Sabtu lalu untuk mengambil peserta rombongan ke Kuala Lumpur dan bukan penculik.

Orang ramai dinasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita tidak benar yang boleh menimbulkan suasana panik dan kebimbangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply