ARKIB

KATEGORI

Buletin

Inilah dia pemilik pertama Honda Civic e:HEV RS di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini menyerahkan Civic e:HEV RS kepada pemilik sulungnya, Chin Kok Fung dalam satu acara ringkas bertempat di MH Prestige Auto Sdn. Bhd.

Sebagai apresiasi, Chin akan menerima token daripada Honda Malaysia berupa Aksesori Honda dan Barangan Rasmi Honda bernilai RM4,000.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, setakat ini pihaknya telah menyerahkan lebih daripada 180 unit Civic e:HEV RS kepada pemiliknya.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Tambah beliau, Honda Malaysiakini sedang berusaha sedaya upaya untuk menyerahkan model baharu tepat pada masanya sambil memastikan kualiti tertinggi produk dan perkhidmatan.

Bagi Chin Kok Fung, dia sememangnya seorang peminat kereta berprestasi tinggi. Apabila Honda memperkenalkan rangkaian kuasa 2.0L e:HEV, dia amat teruja dengan teknologi serta prestasi yang ditawarkan.

Civic e:HEV RS menawarkan reka bentuk yang sporty dengan penggayaan RS bersama tambahan kemasan cincin krom pada lampu depan dan jeriji, pemegang pintu kemasan separa hitam krom, lencana H biru dan emblem e:HEV.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Selain itu, ia turut didatangkan dengan rim aloi dwitona 18-inci dan kemasan paip ekzos tunggal. Di ruang kabin, buat pertama kalinya Honda Malaysia memperkenalkan meter TFT penuh 10.2-inci, pengecas nirwayar dan kad kunci untuk kemasukan tanpa kunci dan penghidup enjin.

Rangkaian kuasa e:HEV menggabungkan dua motor elektrik yang dipadankan dengan transmisi e-CVT bersama Unit Kuasa Pintar (IPU). Ia mampu menghasilkan output 184PS dan 315Nm daya kilas yang setanding dengan model dalam segmen-D.

Empat pilihan warna ditawarkan, iaitu Ignite RedMeteoroid GrayPlatinum White Pearl dan Crystal Black Pearl, manakala harga atas jalannya pula adalah RM166,500.00.

Civic e:HEV RS turut didatangkan dengan ciri keselamatan Honda SENSING yang dipertingkatkan, serta Honda LaneWatch, Kunci Automatik Sambil Beredar, Penghidup Enjin Kawalan Jauh, Peringatan Tali Pinggang Belakang dan Pemantau Fokus Pemandu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply