ARKIB

KATEGORI

Buletin

Insaf dengar kisah keperitan hidup seorang penghantar makanan berbasikal – Ahli Parlimen Bukit Mertajam guna duit gaji sendiri ‘hadiahkan’ motosikal

Tular

Views

Semalam tular satu hantaran yang dimuat naik ke laman Facebook rasmi Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong 沈志强 mengenai kisah keperitan hidup seorang penghantar makanan berbasikal bernama Mohamad yang telah mendapat lebih 17,000 kali perkongsian setakat ini.

Katanya, pertemuan dengan Mohamad telah menginsafkan dirinya tentang nilai sebuah kehidupan. Tambah beliau, Mohamad terpaksa mengayuh basikal meredah hujan dan panas demi sesuap nasi, meskipun ketika berpuasa. Apabila ditanya mengapa dia berbasikal dan tidak menunggang motosikal seperti yang lain, jawab Mohamad dia tidak mempunyai kenderaan tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Lebih menyedihkan, basikal itu dipinjam daripada kawannya dan keadaan basikal tersebut pula agak ‘uzur’. Mohamad yang berusia 22 tahun, merantau jauh dari Kelantan ke Pulau Pinang untuk mencari rezeki dan berkelulusan diploma kejuruteraan dari Politeknik.

Disebabkan gajinya yang kecil, RM500 sebulan, Mohamad akan meminjam basikal kawannya untuk membuat kerja sambilan sebagai penghantar makanan sehingga ke lewat malam. Kata, YB Steven, beliau sebak setelah mendegar kisah tersebut dan rasa terpanggil untuk membelikan Mohamad sebuah motosikal jenis Honda Dash 125 secara tunai.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Apa yang menarik, YB Steven sanggup menggunakan wang gajinya sendiri sebanyak RM4,500 termasuk cukai jalan, insurans dan minyak penuh. Bukan itu sahaja, Mohamad juga dibawa ke farmasi berhampiran beli krim lidah buaya (ale vera) dan krim pelindung matahari kerana kulit tangannya kelihatan melepuh dek berjemur di tengah panas demi sesuap nasi.

Kata YB Steven, hari pertama Ramadan tahun ini mengajarnya satu perkara yang penting, iaitu kita perlu banyak bersabar dalam menempuh cabaran hidup. Nasihat beliau, usah berputus asa dan setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Beliau sempat meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama dengan Mohamad dan turut mendoakannya agar Ramadan kali ini akan lebih bermakna.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Steven Sim Chee Keong 沈志强

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply