ARKIB

KATEGORI

Buletin

KBS arah SIC tangguh semua kejohanan drag

Sukan Permotoran

Views

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengarahkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk menangguhkan sebarang kejohanan drag buat sementara, susulan insiden kekecohan dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika ‘MUSC SIC Sepang Drag Cars Test & Tune 2021‘, Jumaat lalu.

Menurut Harian Metro, KBS menerusi kenyataan semalam memaklumkan, penangguhan itu berkuat kuasa sehingga pihaknya berpuas hati dengan penilaian semula dan penambahbaikan, ke atas protokol pengurusan venue di SIC.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Penganjur acara itu MUSC Motorsports, yang gagal memastikan pematuhan SOP penganjuran perlumbaan itu juga, tidak dibenarkan untuk menganjurkan sebarang kejohanan drag di SIC dan mana-mana litar sehingga diberi kebenaran oleh KBS dan pihak berwajib.

Keputusan berkenaan diambil, selepas KBS mengadakan perjumpaan bersama Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif, wakil MUSC Motorsports dan Persatuan Pemotoran Malaysia (MAM) berhubung insiden tersebut.

Katanya, KBS memandang serius berhubung insiden pelanggaran SOP Sukan dan Rekreasi yang ditetapkan ini, memandangkan KBS sedang mempergiatkan usaha untuk menghidupkan semula industri sukan yang terjejas teruk, berikutan penularan pandemik COVID-19.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Sehubungan itu, KBS berharap agar semua penggiat dan peminat sukan dapat memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab masing-masing, dengan mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

KBS bagaimanapun menjelaskan bahawa aktiviti sukan permotoran lain di SIC dibenarkan, tertakluk kepada kebenaran KBS dan pihak berwajib serta pematuhan ke atas SOP sepenuhnya.

Media sebelum ini melaporkan penganjur acara berkenaan dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 selepas gagal mengawal peserta, melaksanakan penjarakan fizikal dan memastikan pengunjung program mematuhi SOP, dalam membendung pandemik COVID-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply