Polis mengesahkan video tular yang memaparkan kemalangan kecil membabitkan sebuah motosikal awam melanggar sebuah motosikal anggota polis adalah video lama.
Terdahulu, video dengan kapsyen ‘Di saat rakyat dianiaya oleh pemimpin negara, izinkan kami langgar apa yang ada depan mata’ itu tular di TikTok dan mendapat banyak komen negatif daripada warganet.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, insiden itu dikesan berlaku pada 26 April lalu di mana seorang penunggang motosikal melanggar bahagian belakang motosikal anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dengan tidak sengaja.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Menurutnya, ketika kejadian terbabit, dua anggota URB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim menghala ke kawasan perkampungan Orang Asli Pos Bersih, Slim Village di Slim River, selepas menerima maklumat berkaitan kemalangan jalan raya.
Semasa dalam perjalanan, anggota URB bertanyakan lokasi sebenar kemalangan kepada sekumpulan penduduk tempatan.
Ketika menghala ke tempat kejadian, sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang penduduk kampung yang mengekori rapat dengan tidak sengaja, terlanggar bahagian belakang motosikal anggota URB.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Perlanggaran terbabit tidak menyebabkan apa-apa kerosakan dan sudah diselesaikan secara baik.
Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan persepsi negatif terhadap pasukan polis yang boleh menjejaskan imej PDRM.
Setakat 9 pagi ini, video yang dimuat naik oleh pengguna sejak kelmarin itu merekodkan sebanyak 1.3 juta tontonan, 99.7 ribu tanda suka, 3725 komentar serta 13,000 perkongsian. – Harian Metro
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Peraktastic
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI