ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penagih gam mengamuk, rosakkan kenderaan polis dengan parang

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki dipercayai menghidu gam mengamuk sebelum bertindak menyerang kenderaan polis menggunakan parang dalam kejadian di Kampung Kiambor, Kuala Penyu kelmarin.

Lelaki warga tempatan berusia 40 tahun berkenaan tidak dapat mengawal dirinya sambil di kiri dan kanan tangan memegang sebilah parang dan pisau pemotong daging dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Ismail Abdullah berkata, hasil siasatan awal mendapati anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Kuala Penyu serta Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort menerima maklumat mengenai lelaki sedang mengamuk di kampung berkenaan pada pukul 12.16 pagi.

Jelasnya, sebaik tiba di tempat kejadian, tiba-tiba suspek terbabit keluar dari kawasan semak dan bertindak menyerang kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menggunakan sebilah parang dan terus melarikan diri.

Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan namun sewaktu ditahan suspek masih agresif sambil memegang parang dan pisau pemotong daging.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Menurut beliau, dua kenderaan pasukan milik PDRM turut dirosakkan oleh suspek dengan menggunakan sebilah parang.

Siasatan awal mendapati punca suspek terbabit mengamuk adalah kerana disyaki khayal dan seorang penagih gam.

Suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 21 September untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 dan Seksyen 427 kanun yang sama. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Inforoadblock

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply