ARKIB

KATEGORI

Buletin

FUSO Canter Euro 5 bakal tiba di Malaysia tahun depan

Berita Tempatan

Views

Pengedar Am Daimler Trucks, Hap Seng Trucks Distribution Sdn Bhd (HSTD) melancarkan trak tugas ringan FUSO Canter Euro 5 yang akan tiba di pasaran Malaysia pada tahun 2024.

Menurut Ketua Eksekutif Hap Seng Trucks Distribution Sdn Bhd, Derrick Sim, FUSO TF Canter Euro 5 bukan sahaja mematuhi piawaian pelepasan gas rumah hijau malah menanampilkan reka bentuk yang mesra alam.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Sejak 1963, warisan FUSO Canter telah menjangkau usia lebih enam dekad, dan telah terjual lebih daripada 4.5 juta unit di seluruh dunia.

Bagi meraikan ulang tahun ke-60 tahun trak ikonik ini, peraduan Ulang Tahun FUSO Canter ke-60 telah diadakan pada awal tahun dan akan diteruskan sehingga Disember 2023.

Cabutan bulan ini merupakan yang kedua daripada tiga cabutan bertuah, dengan jumlah nilai hadiah yang akan dimenangi berjumlah RM900,000.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Cabutan kedua adalah untuk trak yang dibeli dan didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) antara 1 Januari 2023 hingga 31 Ogos 2023.

Cabutan terakhir akan diadakan pada suku pertama tahun 2024, untuk trak yang didaftarkan antara 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.

Hadiah utama utntuk cabutan kedua iaitu sebuah Mercedes-Benz C-Class C200 telah dimenangi oleh Pad Marketing Sdn Bhd, manakala sepuluh pemenang lagi telah menerima baucar FUSO.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply