ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Adakah ini Geely Boyue facelift?

Views

Kami sebenarnya secara tak sengaja menemui beberapa foto yang berkemungkinan Geely Boyue facelift dari laman sesawang chejiahao.autohome.com.cn. Dikatakan pada tahun ini Boyue akan memasuki fasa facelift dan jika diperhatikan pada foto-foto ini ada beberapa perubahan kecil dilakukan pada penampilan model tersebut.

Paling ketara dibahagian bumpar depan yang bermain dengan kombinasi dua-tona warna dan rekaan lampu depan dengan jeriji yang nampak sekata, tiada lagi lekuk kecil di bahagian bawah lampu hadapan seperti model semasa. Bentuk jerijinya masih lagi sama dan lampu kabusnya pula telah diturunkan sedikit ke bawah. Jika dilihat dari sudut hadapan Boyue facelift nampak lebih garang namun dari sudut lain ia nampak sedikit janggal.

Di belakang pula, perubahan yang dibuat tidak begitu ketara dan rekaan diffuser nampak lebih kemas dan ringkas serta pemantul cahaya kini berada betul-betul di bucu kiri dan kanan bumpar. Lampu belakang kini tekag digelapkan sedikit berbanding model semasa dan tiada perubahan dibuat pada susun aturnya, masih sama seperti sekarang.

Ruang kabinnya pula hanya mengalami sedikit perubahan di bahagian unit sistem multimedia yang kini menggunakan butang skrin sentuh. Difahamkan model ini bakal menggunakan transmisi DCT terbaharu, namun ia akan tiba lewat sedikit. Adakah dengan perubahan yang dibuat pada Boyue facelift akan mempengaruhi gaya rekabentuk pada bakal SUV pertama Proton tahun ini? Kita sama-sama nantikan info selanjutnya nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

 Geely

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply