ARKIB

KATEGORI

Buletin

Plat ‘SYG 8055’ berharga RM19K paling diminati – Dibida oleh 25 individu

Berita Tempatan

Views

Portal Malaysia Gazette melaporkan, nombor plat SYG 1 berjaya mencatatkan harga bidaan tertinggi, RM115,000 selepas bidaannya dibuka menerusi Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJeBid) pada 10 Jun hingga 15 Jun lalu.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, nombor ‘panas’ itu menjadi rebutan 14 orang individu tetapi dimenangi oleh seorang pembida tertinggi bernama Ung Eng Huat dengan nilai RM115,000.

SYG 9 merupakan nombor kedua menerima bidaan tertinggi dengan nilai RM70,000 manakala disusuli dengan SYG 8 dengan nilai bidaan RM52,000. Kata Shaharuddin, nombor siri SYG 8055 mencatat jumlah pembida teramai, sebanyak 25 individu kerana ia seakan membawa maksud ‘Sayang BOSS’ dengan nilai bidaan mencecah RM19,000 selain nombor siri SYG 174.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!

Katanya lagi, nombor SYG 4111 yang membawa maksud (tulisan jawi “Allah”) juga menjadi tarikan pembida dengan nilai bidaan RM5,200 yang menjadi rebutan seramai 22 orang pembida, kedua teramai selepas SYG 8055. Secara keseluruhannya, hanya 3,173 nombor dibida melibatkan 7,424 pembida dan berjaya dimenangi daripada jumlah 9999 nombor siri SYG yang dibuka.

Tambah beliau, nombor siri SYG 9 yang mendapat bidaan kedua tertinggi menjadi milik seorang wanita bernama Joanna Lo Vun Shii dan nombor siri ketiga tertinggi bidaan iaitu SYG 7 juga menjadi milik Ung Eng Huat. JPJ berjaya mengutip hasil sebanyak RM3.4 juta untuk bidaan siri SYG dan ia secara tidak langsung mendahului siri Perak ALL yang dibuka tahun lalu dengan perbezaan kutipan sebanyak RM100,254.

Menurut beliau, mana-mana pendaftaran SYG yang berjaya dibida mesti didaftarkan pada kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan pejabat JPJ Negeri atau Cawangan. Baki nombor siri SYG berjumlah 6,826 nombor yang belum dibida pula akan dibuka kepada awam untuk pembidaan mulai 1 Julai ini.

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?

Jelas beliau, harga tawaran minimum yang ditetapkan untuk nombor emas (1 digit) adalah RM20,000 dan dua digit dengan RM3,000 (lokasi pembelian Ibu Pejabat JPJ sahaja) manakala nombor tiga digit dan ke atas ditetapkan nilai minimum RM2,500 hingga RM500 termasuk nombor popular perlu berurusan di Ibu Pejabat JPJ atau JPJ Kedah.

Malah nombor semasa dibuka urusan pembelian di mana-mana kaunter JPJ di seluruh negara termasuk menerusi mySikap. Orang awam yang membida perlu memiliki nombor ID awam mySikap untuk mendapatkan senarai nombor semasa yang masih belum didaftarkan atau sudah dibeli atas talian.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan bermula hari ini, ebidaan nombor siri VEV untuk kawasan Kuala Lumpur akan dibuka selama lima hari sehingga jam 11.59 malam, 22 Jun 2020 menerusi JPJeBid. Menurutnya, nombor utama ditetapkan harga bidaan minimum RM20,000 diikuti nombor menarik adalah RM3,000 menakala nombor popular RM800 dan nombor biasa harga bidaan minimum RM300.

Tambahnya, kaedah pembayaraan bidaan dalam JPJeBid hanya menggunakam kad kredit dan kad debit tempatan sahaja dengan fi wajib perkhidmatan RM10 untuk setiap nombor yang dibida. Bagaimanapun setiap pembida individu hanya dibenarkan memenangi tiga nombor bidaan dan manakala perniagaan atau syarikat pula dihadkan kepada 5 nombor.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply