ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Foto Proton Iriz R3 Limited Edition @ ‘Angry Bird hitam’ lebih jelas – Nampak macam sekadar aksesori kosmetik je…

Foto Intip

Views

Akhirnya, kita dapat juga melihat foto yang lebih jelas salah satu daripada empat model Edisi Khas Proton yang akan dilancarkan secara maya Khamis ini (18 Februari 2021), iaitu Iriz R3 Limited Edition atau nama manjanya ‘Angry Bird hitam‘. Foto-foto tersebut telah dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook bernama Abd Shukor di laman group Komuniti Seri Iskandar (Tronoh dan Bota).

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Kalau diikutkan pada foto-foto ini, boleh dikatakan hampir keseluruhan rupanya telah kelihatan, hanya logo R3 sahaja yang masih lagi disembunyikan. Sebenarnya, kami agak sedikit kecewa kerana nampak gayanya, edisi khas R3 Limited Edition kali ini lebih kepada penambahan akesori kosmetik sahaja, tidak seperti model terdahulu yang ada talaan prestasi.

Ini mungkin salah satu teknik pantas yang digunakan oleh unit pemasaran Proton untuk meneruskan momentum jualan sambil menghabiskan baki stok Iriz sedia ada sebelum pengenalan model facelift MC2 tidak lama lagi. Teknik tersebut telah pun berhasil semasa Proton memperkenalkan Proton Saga Anniversary Edition dan kesemua 1,100 unit model tersebut telah habis dijual dalam tempoh lima hari sahaja.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Namun, bagi mereka yang tahu warisan sejarah R3 pastinya akan rasa sedikit terkilan kerana ‘lencana yang digeruni di litar perlumbaan’ tempatan itu ‘hilang sedikit sengat’nya dengan cara sebegini. Walaubagaimanapun, kami masih berharap setidak-tidaknya Proton menggunakan set gegelung spring R3 bagi menjadikan pengendalian Iriz R3 Limited Edition ini ‘lebih sedap’.

Untuk melihat talaan kuasa enjin mungkin jauh sekali kerana kami rasa, sasaran Proton untuk menjadikan jenama R3 lebih komersial dan mampu dimiliki. Namun, kami masih berharap suatu hari nanti Proton akan memperkenalkan kembali ‘model R3 sejati’ dengan bilangan unit yang terhad seperti Satria Neo R3.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply