ARKIB

KATEGORI

Buletin

Stellantis bawa Leapmotor ke pasaran Malaysia tahun ini, T03 bakal jadi model pertama

Berita Tempatan

Views

Stellantis bakal membawa masuk jenama kenderaan elektrik dari China, Leapmotor ke pasaran Malaysia tahun ini. Jenama tersebut bakal diposisikan sebagai EV mampu milik.

Leapmotor ditubuhkan pada 2015 dan mula menjual kereta di China sejak 2018. Ia kini mempunyai empat model di pasaran, iaitu crossover C10 dan C11, sedan C01 dan hatchback T03.

Tahun lalu, Leapmotor berjaya menjual lebih 144,000 unit kereta elektrik di China. Tahun 2023 juga menyaksikan Leapmotor memeterai perjanjian usahasama strategik bersama dengan Stellantis.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Mereka telah menubuhkan Leapmotor International di mana Stellantis memegang 51 peratus, manakala baki 49 peratus lagi dipegang oleh Leapmotor.

Usahasama ini memfokuskan untuk mengeksport kereta ke pasaran luar negara. Terdahulu, Reuters melaporkan Stellantis merancang untuk membina EV keluaran Leapmotor di Poland.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Operasi dan Pengedar Am Stellantis bagi ASEAN, Daniel Gonzalez, berkata pihaknya dalam perancangan untuk memperkenalkan jenama Leapmotor ke Malaysia tahun ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Besar kemungkinan model pertama Leapmotor di Malaysia adalah hatchback elektrik, T03. Menyusul selepas itu adalah model crossover C10.

Leapmotor T03 merupakan kereta kecil dengan ukuran dimensi 3,620 mm panjang, 1,652 lebar, 1,605 mm tinggi, dan jarak tapak roda 2,400 mm.

Ia ditawarkan dengan tiga pilihan kuasa motor elektrik, 40 kW, 55 kW, dan 80 kW. Tiga pilihan bateri ditawarkan bermula dari 21.6 kWj, 31.9 kWj, dan 41.3 kWj, dengan jarak pemanduan dari 200 km hingga 403 km.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Autocar dan CarNewsChina

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply