ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Honda Malaysia uji Odyssey facelift 2022

Foto Intip

Views

Kelibat unit ujian Honda Odyssey facelift 2022 tanpa sebarang celoreng penyamaran dan hanya mentup beberapa bahagian tertentu dengan pelekat hitam telah berjaya dikesan oleh rakan pembaca, Eir Jat di Lebuh raya Sungai Besi siang tadi.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Nampaknya selain dua model serba baharu yang salah satunya adalah Honda HR-V serba baharu, Honda Malaysia juga bakal memperkenalkan satu model naik taraf, iaitu Odyssey facelift dalam tahun ini.

Tidak dapat dipastikan versi Odyssey facelift yang manakah akan dibawa masuk ke Malaysia nanti. Di pasaran Jepun, ia ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa iaitu petrol dan juga hibrid i-MMD e:HEV.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Sebelum ini untuk model facelift kali pertama pada 2018, ia hanya ditawarkan dengan pilihan enjin 2.4 liter.

Namun dengan janji Honda Malaysia untuk memperkenalkan Teknologi Termaju Generasi Akan Datang seperti VTEC TurboHonda SENSING dan Honda CONNECT dalam barisan model akan datang, ada kemungkinan versi e:HEV akan ditawarkan ke Malaysia nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Eir Jat

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply