ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP: Hyundai Creta ini unit ujian ke bukan?

Foto Intip

Views

Kelibat sebuah Hyundai Creta berjaya dikesan oleh rakan pembaca Qayyum Hamid petang tadi berhampiran Plaza Tol Sungai Besi.

Namun, timbul persoalan kerana model SUV kompak yang berkongsi pelantar dengan KIA Seltos ini masih belum dilancarkan di pasaran Malaysia ini tidak nampak seperti sebuah unit ujian.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Tiada sebarang pelitup penyamaran terlekat pada badannya dan ia juga menggunakan nombor pendaftaran biasa, bukan plat perdagangan seperti yang lazim digunakan pada sesebuah unit yang sedang melakukan ujian jalan raya.

Model ini telah pun tiba di negara jiran seperti Indonesia dan juga Thailand manakala untuk pasaran Malaysia, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mungkin memasangnya secara tempatan (CKD) untuk menawarkan tanda harga yang lebih menarik.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Creta dijana oleh enjin aspirasi alami (NA), Smartstream 1.5-liter petrol yang menghasilkan output sebanyak 115 PS dan 143.8 Nm daya kilas.

Di Indonesia, enjin ini disambungkan kepada transmisi enam-kelajuan manual, tetapi ada kemungkinan untuk pasaran Malaysia ia mungkin ditawarkan dengan transmisi CVT yang dikenali sebagai iVT.

Persoalannya sekarang, bilakah model ini akan tiba ke pasaran Malaysia? Sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Qayyum Hamid

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply