ARKIB

KATEGORI

Buletin

PHSAM lancar Audi RS Q8 ke pasaran Malaysia, harga dari RM1.699 juta

Berita Tempatan

Views

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini melancarkan model SUV saiz penuh Audi pertama menggunakan lencana RS, iaitu Audi RS Q8 ke pasaran tempatan.

Antara spesifikasi teknikal yang impresif ialah suspensi udara adaptif khusus untuk RS, stereng semua roda, sport differential dan sistem keselamatan olengan aktif.

Model ini dijana enjin 4.0 liter biturbo V8 TFSI yang menghamburkan 600PS dan 800Nm daya kilas di antara 2,200 dan 4,500rpm. Kuasa enjin V8 TFSI disalurkan ke sistem pacuan semua roda sepenuh masa quattro menerusi kotak gear lapan kelajuan standard.

Ini membolehkan RS Q8 memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 3.8 saat! Ia juga berupaya mencapai halaju maksima sehingga 305km/j.

Turutan pencucuhan 1-3-7-2-6-5-4-8 menjamin halwa bunyi yang mengasyikkan, ditambah dengan sistem ekzos sport bersama kemasan corong ekzos berwarna hitam. Pemandu juga boleh menukar bunyi enjin melalui sistem Audi drive select.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Talaan peredam khas RS menawarkan tetapan yang luas di antara tetapan ke arah keselesaan dan sangat sporty. Olengan badan sewaktu mengambil selekoh pada kelajuan tinggi dapat diminimumkan menerusi sistem electromechanical active roll stabilisation (EAWS).

RS Q8 memiliki jarak kelegaan tanah yang pelbagai, rekaan muncung pendek, pacuan semua roda sepanjang masa quattro dan kawalan melungsur.

Sistem pengendalian Audi drive select yang dinamik membolehkan pemandu untuk mengawal aspek pengurusan enjin dan transmisi, tujahan stereng, suspensi udara, stereng semua roda, bunyi enjin dan karekteristik pendingin hawa automatik.

Lapan profil tersedia, iaitu comfort, auto, dynamic, efficiency, allroad, offroad serta mode RS1 dan RS2 yang boleh diubah suai secara individu dan khusus untuk RS. Ia boleh kawal menerusi butang “RS-MODE” pada stereng.

RS Q8 didatangkan dengan rim aluminium bersaiz 23 inci bersama rekaan rotor Y 5 jejari, sistem brek RS dengan cakera komposit berliang bersaiz 420mm di depan dan 370mm di belakang bersama brek seramik merah sebagai ciri standard.

Dari segi penggayaan luaran, RS Q8 menampilkan kerangka tunggal berbentuk oktagonal, radiator karbon RS, spoiler bumbung RS dan jeriji berbentuk sarang lebah dalam kemasan hitam berkilat. Garis bumbungnya pula melandai dari hadapan ke tiang D dan berakhir pada quattro blisters di atas lengkung roda.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Lampu utama RD HD Matrix LEDnya pula didatangkan dengan lampu siang tiga dimensi signatur bersama karekter digital yang sama seperti lampu LED belakang.

Ruang kabin RS Q8 menampilkan paparan MMI touch response, kokpit maya Audi (Audi virtual cockpit), tempat duduk sports RS balutan kulit Valcona bersama jahitan sarang lebah dengan fungsi ventilasi dan urutan.

Elemen-elemen dalaman RS yang lain termasuklah jahitan benang berwarna kelabu pada pad lutut, stereng, alas kaki dan tali pinggang keledar. Kulit Nappa pula membalut tuil gear dan perehat tangan pada pintu.

Apabila penyandar kerusi belakang dilipat, ruang kargo belakang RS Q8 mampu mencecah 1,755 liter. Rangkaian sistem bantuan yang komprehensif pada RS Q8 termasuklah bantuan jelajah adaptif, bantuan kecekapan, bantuan di simpang, amaran penukaran lorong dan kamera 360 darjah.

Audi RS Q8 didatangkan dalam sembilan pilihan warna, satu kemasan cat solid dan lapan warna metalik atau efek mutiara, bersama sarung cermin sisi karbon dan 11 warna Audi Exclusive.

Harga yang ditawarkan bermula dari RM1,699,990 selain hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, di samping jaminan perbatuan tanpa had dan bantuan pinggir jalan selama 5 tahun. Tempahan boleh dibuat di semua Audi Centres di Setia Alam, Glenmarie dan Juru.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply