Sejak kemunculan sulungnya di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, model Hyundai Kona sepi begitu sahaja tanpa sebarang khabar berita. Walaupun pihak Hyundai telah mengesahkan bakal melancarkannya ke pasaran tempatan, namun sehingga kini ia masih belum memunculkan dirinya.
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini
Agak mengejutkan semalam, kelibat dua unit Kona tanpa sebarang pelekat penyamaran, satu berwarna Acid Yellow dan Galactic Grey telah dikesan oleh pemilik akaun Facebook bernama HefRiz di sekitar Oasis Ara Damasara. Namun hantaran tersebut telah dipadamkan dan ia dimuatnaik semula oleh Mohammad Syahrool Anuar.
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
Menurut rakan media kami di Pandulaju.com.my, model Kona akan dipasang secara tempatan (CKD) di Kulim, Kedah. Model itu dikuasakan oleh enjin Gamma 1.6L T-GDi yang mampu menghasilkan 175 kuasa kuda dengan 265Nm daya kilas yang digandingkan dengan transmisi DwiCekam (DCT) 7-kelajuan.
Kona bakal ditawarkan dengan dua pilihan varian, Standard dan Premium. Sebelum ini ada ura-ura mengatakan model ini akan digantikan dengan sebuah lagi SUV kompak, Creta namun dengan kemunculan kembali Kona, mungkin Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah merombak kembali susunan barisan model mereka.
Adakah Kona bakal dilancarkan dalam masa terdekat? Kita sama-sama nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
KOMEN TERKINI