Sejak semalam tular satu video dan foto di Instagram yang memaparkan kelibat sebuah Mitsubishi Xpander tanpa sebarang pelekat penyamaran sedang menjalani penggambaran iklan, namun ia telah dipadamkan oleh pemilik asalnya.
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini
Hari ini foto unit yang sama kelihatan sedang dibungkus dengan pelitup semasa diangkat naik ke atas sebuah trak penunda. Foto tersebut berjaya dirakam oleh salah seorang pembaca laman WapCar.my di satu lokasi yang tidak dinyatakan.
Menurut WapCar, unit berwarna Merah Metalik ini turut ditawarkan untuk pasaran Indonesia dan Filipina tetapi tidak di Thailand. Sebelum ini, kelibat unit Xpander berwarna Jet Mica Metallic telah dikesan oleh pemilik akaun Facebook bernama Jamaan Abd Rahman.
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
Meskipun lewat masuk ke pasaran Malaysia, kita agak bernasib baik kerana mendapat unit facelift yang telah dikemaskini dan beberapa masalah yang sering dibangkitkan pada model sebelumnya telah berjaya diatasi. Mitsubishi Motors Malaysia telah mengesahkan mereka bakal melancarkan Xpander dalam tahun ini, namun ia agak terlewat sedikit dari perancangan asal disebabkan pandemik COVID-19.
Xpander bakal berentap dengan Honda BR-V dan Perodua Aruz dijana oleh enjin 4G91 16-injap 1.5-liter MIVEC empat-silinder, yang menghasilkan 103 kuasa kuda pada 6,000 rpm dan 141 Nm daya kilas pada 4,000 rpm. Untuk pasaran Indonesia, ia ditawarkan dengan dua pilihan transmisi, sama ada lima-kelajuan manual dan empat-kelajuan automatik.
Adakah Xpander bakal diperkenalkan dalam masa terdekat? Kita nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit WapCar.my
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
KOMEN TERKINI