ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Ini Proton X90 (VX11) ke?

Foto Intip

Views

Kami baharu sahaja menerima satu foto yang dikongsi menerusi ‘groupWhatsapp yang memaparkan sebuah kenderaan seperti model Proton X90 (VX11) berwarna putih (Snow White), yang dirakam di dalam sebuah premis tertutup.

Foto yang dikongsikan oleh individu yang hanya mahu dikenali sebagai Pembaca Misteri itu memaparkan crossover MPV sulung Proton yang langsung tidak mengenakan sebarang pelitup penyamaran.

Sebenarnya, foto tersebut jelas kelihatan telah disunting terlebih dahulu bagi merahsiakan lokasi sebenar penemuan X90 (VX11) tersebut.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Namun berdasarkan siasatan forensik yang penulis lakukan sendiri, ia kelihatan seperti di dalam fasiliti kilang berdasarkan kesan pantulan cahaya lampu pada siling di bahagian tingkap sisi bahagian tengah dan jenis permukaan lantai di kawasan berkenaan.

Apa yang menguatkan lagi kesahihan foto tersebut adalah X90 (VX11) adalah rekaan rim lima-jejari berkembar kemasan dwitona, sama seperti beberapa siri foto intipan sebelum ini. Rim itu mempunyai rekaan yang serupa seperti kembarnya, Geely Okavango di pasaran Filipina.

Boleh dikatakan hampir tiada perbezaan di antara kedua-dua model ini dari arah belakang, cuma di bahagian hadapan sahaja yang mengalami perubahan kosmetik kecil dengan penggunaan kemasan jeriji bermotifkan Infinite Weave dan Ethereal Bow rekaan serba baharu.

Susunan Infinite Weave yang digunakan Proton kali ini nampak lebih halus dan rapat, serta diselangi butiran berbentuk potongan berlian dengan kemasan krom berkilat.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Ejen perisik kami Mat Bond memaklumkan, X90 (VX11) akan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship.

Kesemuanya akan dikuasakan oleh enjin 1.5TGDi (1.5 TD) yang telah menerima penalaan semula dan dikatakan mampu menjana 190 kuasa kuda dan 300Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DwiCekam (7-DCT).

Ada enam warna yang bakal ditawarkan sebagai pilihan, iaitu Snow WhiteArmour SilverJet GreyCinnamon BrownSpace Grey dan satu warna baharu iaitu Deep Marine Blue.

X90 (VX11) versi Malaysia juga akan menggunakan suspensi jenis berbilang pautan (multi-link) di belakang, tidak seperti Okavango di Filipina yang hanya menggunakan jenis rasuk kilasan (torsion beam).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Pembaca Misteri

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply