ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Ini unit pengeluaran Honda Jazz terakhir di Malaysia, adakah ia petanda City Hatchback akan tiba?

Foto Intip

Views

Nampaknya kitaran hayat model hatchback kompak Honda Jazz di negara ini tiba ke penghujung. Dua foto unit pengeluaran Honda Jazz terakhir di Malaysia telah dimuatnaik ke laman Twitter, petang tadi.

Setelah tiga generasi, model ini dikhabarkan bakal digantikan dengan City Hatchback yang mengisi segmen tersebut untuk pasaran ASEAN.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Model generasi keempat Jazz / Fit telah diperkenalkan sempena Tokyo Motor Show 2019, namun ia dikatakan tidak akan diperkenalkan di rantau ini.

City Hatchback telah pun dilancarkan di Thailand pada November tahun lalu dan desas-desus mengatakan ia akan tiba di Malaysia pada suku keempat tahun ini.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Di Thailand, ia ditawarkan dengan tiga pilihan varian, bermula dengan varian paling asas iaitu S+, diikuti SV dan yang tertinggi RS.

City Hatchback dikuasakan oleh enjin 1.0 liter (998 cc) tiga-silinder VTEC Turbo yang mampu menjana 122 PS pada 5,500 rpm, dengan daya kilas maksima 173 Nm dari 2,000 hingga 4,500 rpm yang digandingkan dengan transmisi CVT.

Nantikan perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply