ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia rai pemilik Jazz yang ke-100K

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari mencatatkan satu lagi sejarah dengan menyerahkan unit yang ke-100,000, Jazz kepada pemiliknya, En. Kelvin dalam satu upacara penyerahan di Ban Lee Heng Motor Sdn. Bhd. Generasi kedua Jazz mulai diperkenalkan pada 2003 ke pasaran Malaysia dalam bentuk Unit Siap Bina (CBU) dengan jumlah jualan hampir 18,000 unit.

Honda Malaysia mula mengeluarkan model pemasangan tempatan (CKD) Jazz hybrid dan Jazz petrol mula pada tahun 2012 dan 2013. Sejak itu, Jazz telah berjaya merekodkan jumlah jualan lebih 80,000 unit CKD dan menjadi model paling popular dalam segmennya.

Generasi ketiga dan semasa Jazz pula diperkenalkan pada tahun 2014 dan berjaya mencatatkan jumlah jualan melebihi 75,000 unit setakat Mei 2019. Ini sekaligus menjadikan Jazz sebagai peneraju dalam hatchback kompak dalam segmen Bukan-Nasional dengan 62 peratus pegangan pasaran setakat Mei 2019.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Toichi Ishiyama berkata, bulan lalu mereka meraikan pelanggan yang ke-130,000 model Civic dan hari ini, untuk model Jazz pula. Honda Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua 100,000 pemilik Jazz kerana sokongan padu mereka yang secara tidak langsung membantu mereka mengekalkan posisi teratas dalam segmen Bukan-Nasional dan kedua dalam Jumlah Keseluruhan Industri (TIV).

Untuk pasaran Malaysia, Jazz ditawarkan dalam pilihan enjin petrol 1.5L i-VTEC yang digandingkan dengan transmisi CVT yang dibangunkan menerusi Teknologi Honda Earth Dreams. Malaysia juga merupakan satu-satunya negara di luar Jepun yang menawarkan Jazz Hybrid dengan sistem Sport Hybrid i-DCD yang menggabungkan enjin 1.5L DOHC i-VTEC bersama transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT) serta Motor Berkuasa Tinggi Bersepadu.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Jazz turut menerima penarafan 5-Bintang dari ASEAN NCAP dan ia dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan antaranya Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Isyarat Henti Kecemasan (ESS) dan Bantuan Mula Mendaki (HSA) yang merupakan ciri standard untuk varian E, V dan Hybrid.

Pemilik Jazz yang ke-100,000, En. Kelvin berkata beliau sangat gembira tidak menyangka menjadi sebahagian daripada sejarah pencapaian Honda Malaysia. Honda Jazz menjadi pilihannya bersama isteri kerana terpikat dengan keluasan dan pemanduannya.

Sebagai pemilik yang ke-100,000, Honda Malaysia turut menawarkan pakej “Protection Package” yang merangkumi Ultra Body Coating, Ultra Window Coating, dan Wheel Lock Nut yang telah diuji oleh Honda Access di Jepun kepada beliau. Selain itu, beliau turut menerima pakej aksesori Mugen secara percuma sebagai tanda penghargaan dari Honda Malaysia.

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply