ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Intai-intai Proton Saga facelift 2019

Foto Intipan

Views

Semakin tidak terbendung lagi ketirisan foto-foto Proton Saga facelift 2019 menjelang pelancaran rasminya malam esok. Beberapa foto intipan terbaharu kami perolehi menerusi tiga sumber berbeza, Muhamad Nur Affieq, Kamal Rahim dan Albert Sia II di tiga lokasi berbeza.

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran

Muhamad Nur Affieq telah berjaya mengesan unit pameran Saga facelift 2019 di hadapan sebuah pusat jualan Proton di Lembah Klang, manakala Kamal Rahim pula berjaya merakam kelibat treler pengangkut model tersebut di sekitar Sungai Petani, Kedah dan Albert Sia II mendapat foto papan pemuka varian Premium di lokasi yang tidak diketahui.

JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro

Kami tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai foto-foto ini, anda tataplah sepuas-puasnya dan nantikan pelancaran rasminya malam esok. Kami akan turut berada di lokasi pelancaran di Mitec untuk membuat liputan terkini. Tunggu!

* Kemaskini – beberapa lagi foto terbaharu diperolehi dari Amirul Asyraf dan Schöne Männer.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil
JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?
JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply