ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua Myvi generasi ketiga tiba di Mauritius

Berita Global

Views

Baru-baru ini Raouf Dusmohamud & Co Ltd, pengedar tempatan untuk jenama Perodua telah melancarkan model Myvi generasi ketiga di Mauritius. Ia ditawarkan dalam varian 1.3 G AT dan 1.5 H AT, dengan harga masing-masing 699,000 (RM81,300) dan 775,000 (RM90,140) Rupee Mauritius, atas jalan termasuk insurans.

Myvi telah dipamerkan di Defi Media Motor Show yang berlangsung di Swami Vivekananda International Conference Centre hujung minggu lalu. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Myvi generasi ketiga ini telah diterima baik di Malaysia dan mereka percaya rakyat Mauritius akan tertarik kepada ciri-ciri yang terdapat pada model ini.

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran

Tambahnya, Perodua berhasrat untuk mengeksport 3,270 kenderaan pada 2019 – peningkatan sebanyak 50 peratus berbanding 2,184 unit tahun llau. Setakat tahun ini, Perodua telah menjual lebih 1,600 unit di luar Malaysia dan melancarkan Myvi dan Axia di Singapura dan Seychelles.

Katanya lagi, sasaran eksport akhir-tahun mereka kini semakin hampir menerusi penampilan sulung Myvi di Mauritius dan ia secara tidak langsung meningkatkan jenama Perodua di peringkat antarabangsa, memandangkan Mauritius terkenal sebagai destinasi pelancongan yang popular.

Perodua Myvi merupakan sebuah Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan penggunaaan bahan api melebihi 20 km/l dan turut menerima penarafan keselamatan penuh 5-Bintang ASEAN NCAP. Pengarah Urusan Raouf Dusmohamud & Co Ltd, En Raouf Dusmohamud berkata, Myvi bukan sekadar menampilkan gaya yang unik selain ruang dalaman yang menakjubkan, bahkan ia turut dilengkapi dengan ciri-ciri pintar dan praktikal.

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran

Myvi dilengkapi dengan lampu LED, sistem kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, Bluetooth, empat atau enam beg udara, serta kawalan kestabilan yang terdapat pada kedua-dua varian. Tambahnya lagi, Myvi baharu merupakan kenderaan canggih yang dinanti-nantikan oleh rakyat Mauritius.

Mereka turut menawarkan servis percuma sehingga 30,000 km bagi Myvi, dan tawaran ini turut diperluaskan kepada setiap pembelian model-model yang lain, seperti Alza, Axia dan Bezza. Mauritius adalah pasaran eksport ketiga bagi Myvi generasi ketiga selepas Indonesia (di mana ia dijual sebagai Daihatsu Sirion) dan Singapura.

Negara kepulauan yang terletak di Lautan Hindi itu merupakan antara pasaran luar negara Perodua yang paling lama. Hampir 2,400 kenderaan Perodua telah dijual di sana sejak 1996, termasuk Kancil, Rusa, Kembara, Kenari, Kelisa, Myvi generasi pertama dan kedua, Viva dan kini Alza, Axia dan Bezza.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil
JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply