Volkswagen kini telah memulakan fasa ujian jalan raya untuk model Polo yang akan menerima perubahan kosmetik dipertengahan kitaran hayatnya. Unit prototaip ujian Polo facelift 2022 itu telah berjaya dikesan oleh ‘jurugambar pengintip’ dan telah dimuatnaik ke portal permotoran, Carscoops.com.
Apa yang membuatkan foto intip ini agak istimewa adalah ‘gelagat nakal’ pemandu ujinya yang sempat menunjukkan isyarat ‘jari tengah‘ setelah menyedari dirinya dirakam. Walaupun nampak seperti tiada apa yang disembunyikan, sebenarnya unit prototaip ini sedang memakai kit penyamaran untuk mengelirukan pandangan umum.
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
Namun begitu, ia masih memperlihatkan beberapa perubahan visual seperti lampu depan lebih nipis dengan susun atur baharu, jeriji yang lebih nipis dan rekaan bampar depan baharu dengan bukaan udara bawah lebih besar serta sarung lampu kabus yang diperbaharui.
Lampu belakangnya yang diinspirasikan dari Golf Mk8 kelihatan seperti telah diselindung sebahagiannya dan bentuk lampu sebenar telah ditampal rekaan lampu olok-olok. Rekaan bampar dengan kemasan corong ekzos palsu itu juga merupakan perubahan terbaharu.
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
Ada kemungkinan ruang kabinnya turut dikemaskini dengan upholsteri dan kemasan baharu, selain naik taraf perisian unit infohiburan terkini dan visual grafik baharu pada paparan meter digital. Difahamkan model ini masih mengekalkan unit penjana yang sama seperti model semasa dengan sebahagian daripadanya akan gandingkan dengan sistem hibrid ringan.
Selain itu, versi Polo GTI turut kekal sebagai ‘varian andalan’ dan masih mengekalkan enjin empat silinder 2.0-liter yang mampu menjana 197 kuasa kuda dan 320 Nm daya kilas.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Carscoops.com
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
KOMEN TERKINI