ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pakej dan harga aksesori GearUp untuk Perodua Ativa (D55L)

Berita Tempatan

Views

Seperti yang pernah ejen perisik Mat Bond ceritakan kepada kami sebelum ini, Perodua bakal menawarkan pilihan aksesori GearUp untuk model SUV kompak terbaharu mereka, Ativa (D55L). Tempahan model ini juga telah pun mula dibuka sejak Jumaat lalu (19 Februari 2021).

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Tiga varian ditawarkan iaitu X, H dan AV dengan harga tentatif atas jalan sebelum insurans antara RM62,500 dan RM73,400 di Semenanjung Malaysia. Untuk aksesori GearUp, Perodua menawarkan pakej aksesori untuk naik taraf penampilan dan juga pakej utiliti untuk kemudahan tambahan.

Berikut adalah pakej aksesori GearUp termasuk harga:

  • Kit badan Blaze – RM2,500 (Semenanjung Malaysia), RM2,563 (Malaysia Timur)
  • Sarung tempat duduk Blaze – RM800 (Semenanjung Malaysia), RM815 (Malaysia Timur)
  • Pelindung bampar belakang – RM140 (Semenanjung Malaysia), RM143 (Malaysia Timur)

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

  • Scuff plate LED – RM260 (Semenanjung Malaysia), RM264 (Malaysia Timur)
  • Pencahayaan lantai – RM240 (Semenanjung Malaysia), RM244 (Malaysia Timur)
  • Jaring bagasi – RM30 (Semenanjung Malaysia), RM31 (Malaysia Timur)
  • Penebat hud – RM80 (Semenanjung Malaysia), RM81 (Malaysia Timur)

Berikut adalah pakej utiliti GearUp termasuk harga:

  • Visor pintu, Talam bagasi dan Alas kaki – RM360 (Semenanjung Malaysia), RM368 (Malaysia Timur)

Seperti yang pernah ditawarkan Perodua sebelum ini, pilihan aksesori GearUp boleh terus dimasukkan dalam jumlah pinjaman sewa beli. Nampaknya, bakal pemilik Ativa (D55L) boleh ‘menambah seri’ SUV kompak mereka dengan aksesori GearUp. Bagaimana rupa kit badan Blaze tu nanti ye? Katanya rekaan spoiler belakang berbeza, kita tunggu dan lihat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply