ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Perodua Bezza facelift 1.0 pula dikesan

Foto Intipan

Views

Ada lagi kelibat Perodua Bezza facelift sedang diangkut dengan treler berjaya dikesan petang tadi oleh rakan pembaca Nazrin Nazam. Treler pengangkut itu berjaya dikesan di sebuah lebuh raya dan mungkin sedang menuju ke bilik pameran Perodua.

JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

Apa yang menarik, kali ini kita dapat melihat kelibat Bezza facelift varian 1.0 liter pula. Jika diperhatikan dari rekaan luaran, varian 1.0 liter tidak banyak perbezaan dengan varian 1.3 liter, cuma ia berkongsi rim aloi yang sama dengan model Myvi varian 1.3 liter.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO

Bezza facelift varian 1.0 liter turut dilengkapi dengan skirt sisi, cermin sisi dengan indikator signal dan kemasan pemegang pintu berkrom, tetapi agak menyedihkan ia tidak mempunyai kemasan hitam pada bahagian tingkap di tiang-B. Sebenarnya Bezza facelift ini mengingatkan kami kepada Toyota Mirai, ada kemungkinan model tersebut dijadikan sumber inspirasi oleh para pereka Perodua.

Kita tunggu foto bahagian dalam pula selepas ini, tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply