ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Berita Tempatan

Views

Ini berita yang mungkin ‘menyejukkan hati’ mereka yang ternanti-nanti kemunculan Proton X70 versi CKD. Rakan media kami, Pandulaju.com.my melaporkan, model pemasangan tempatan ini akan dilancarkan pada pertengahan bulan hadapan, atau lebih tepat lagi 13 Disember nanti.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Apa yang membezakan Proton X70 versi CKD dengan CBU?

Menurut info dari sumber terdekat portal tersebut, model versi CKD ini akan didatangkan dengan ciri but elektrik, dan Geely telah memberi ‘lampu hijau’ kepada pasukan jurutera Proton untuk menala semula sistem suspensi SUV itu dengan ciri Proton Ride & Handling.

Dalam artikel terdahulu, ejen perisik kami Mat Bond memberitahu, X70 CKD akan ditawarkan dalam 5 varian  termasuklah 1 varian yang dilengkapi dengan enjin 1.5 liter Drive E bersama transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT). Selebihnya masih menggunakan penjana yang sedia ada, enjin 1.8 liter TGDi bersama transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT).

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Selain itu, difahamkan tiada perubahan kosmetik dibuat, hanya sekadar penukaran logo lama kepada logo baharu pada beberapa tempat tertentu seperti di stereng, jeriji, cermin tingkap dan penutup rim aloi selain tombol gear baharu (boleh rujuk foto di ruang galeri).

Adakah versi CKD nanti akan lebih murah dari versi sedia ada? Buat masa ini tiada sebarang pengumuman dibuat oleh pihak Proton dan kami akan cuba mendapatkan informasi terkini dari semasa ke semasa. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply