ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Foto Intipan

Views

Mungkin ini kali pertama kelibat model pemanduan sebelah kiri Lynk & Co 03+ dikesan di negara kita. Sebuah Lynk & Co 03+ sedan tanpa sebarang celoreng penyamaran telah berjaya dikesan tengah hari tadi di sekitar Dataran Merdeka. Foto-foto model tersebut sempat dirakam oleh pembaca laman sesawang ini, Aswad Junior dari tingkat 8 sebuah bangunan.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Jika diperhatikan, Lynk & Co 03+ tampil dengan gaya lebih sporty dan dilengkapi kit badan dan spoiler belakang. Dalam artikel terdahulu, rakan pembaca kami pernah terserempak dengan konvoi beberapa model Lynk & Co 01 dan 02 di sekitar bandar Temerloh. Setakat ini tiada khabar berita mengenai bilakah model-model keluaran Lynk & Co akan mula dijual di pasaran Malaysia.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Kami menjangkakan model-model ini akan ditukar kepada pemanduan sebelah kanan dan dipasang di kilang baharu usaha sama Proton dan Geely di Tanjung Malim. Mungkin tahun 2020 akan menjadi permulaan kepada jenama premium anak syarikat Geely ini menerjah ke pasaran Malaysia. Kita sama-sama nantikan perkembangan selanjutnya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply