ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Gambaran Artis

Views

Disebabkan ada gangguan server laman web kami siang tadi, penulis mengambil kesempatan tersebut untuk menyiapkan karya illustrasi digital terbaharu. Sebenarnya penulis telah mula membuat gambaran Proton X50 ini secara berperingkat sejak beberapa hari yang lalu.

Setelah berjaya menyiapkan gambaran SUV kompak Perodua D55L dan mendapat banyak respon yang positif, penulis menjadi lebih bersemangat untuk terus berkarya. Baiklah, untuk Proton X50, penulis telah mengolah kembali reka bentuk asal Geely Bin Yue (SX11) / Coolray dengan menerapkan elemen rekaan terbaharu Proton.

Rekaan hadapan

Muka depan Proton X50 versi penulis mempunyai perbezaan visual yang agak ketara terutama pada rekaan jeriji dan bampar. Bentuk lampu asal Bin Yue boleh dikatakan masih mengekalkan sebahagian besar rekaan asal, namun perubahan dibuat di bahagian dalam dengan lampu siang LED (DRL) yang diinspirasikan dari Infinite Weave.

Rekaan jeriji depan pula menampilkan elemen rekaan busur (Ethereal Bow) dengan kemasan krom. Di bahagian dalam jeriji penulis telah mengolah susun atur Infinite Weave supaya ia kelihatan beralun. Infinite Weave ini pula dihiasi kemasan dwi tona, kombinasi krom berkilat dan kelabu gelap. Pada pandangan penulis, eksperimen yang dibuat ini nampak lebih menyerlah dan agak unik berbanding apa yang ada pada model Proton ketika ini.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Logo baharu Proton juga nampak serasi dan harmoni dengan susunan kemasan dalam jeriji. Bahagian bampar pula mengikut trend rekaan automotif terkini, dengan lampu kabus LED diletakkan pada penjuru kiri dan kanan. Bahagian bawah bampar sengaja direka lebih lebar bagi membantu penyejukan enjin serta menjadikan model SUV kompak ini lebih tegap.

Rekaan belakang

Di bahagian belakang, penulis telah merekabentuk semula beberapa bahagian, terutama pintu dan bampar belakang. Bentuk luaran lampu masih mengikut rekaan model sedia ada, cuma susunan jalur LED telah diolah semula supaya kelihatan lebih moden. Jika anda perasan, bentuk jalur lampu ini mirip dengan lampu belakang model Perdana.

Lampu ini pula bersambung dengan satu bar krom berkilat yang ditempa dengan abjad P R O T O N. Ini merupakan satu lagi elemen reka bentuk baharu jenama tersebut yang mula diperkenalkan pada model X70. Bentuk pintu belakang telah direka semula supaya kelihatan berbeza dengan Bin Yue yang diinspirasikan dari model KIA Seltos.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Di bawah lampu belakang penulis meletakkan sepasang pemantul cahaya pada penjuru kiri dan kanan, manakala di tengah bamparnya pula diletakkan corong ekzos kemasan krom berkembar. Ia dihiasi dengan satu jalur krom yang berada di antara corong ekzos tersebut. Secara tidak langsung, ia menyuntik gaya yang mewah dan elegan.

Di bahagian bawah bampar pula, penulis menggunakan kemasan kelabu gelap. Pada bahagian tersebut penulis memasukkan diffuser kecil dan lampu kabus belakang yang berbentuk memanjang. Tidak lupa juga, bahagian spoiler di bahagian atas yang masih mengekalkan rekaan asal spoiler Bin Yue varian Sport. Secara keseluruhan, gaya yang diterapkan pada rekaan ini mempunyai identiti yang tersendiri.

Apa pendapat anda mengenai Proton X50 versi penulis ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen laman Facebook kami.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply