ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Perodua Bezza facelift ditemui lagi

Foto Intipan

Views

Tengah malam tadi, kami telah kongsikan satu foto intipan Perodua Bezza facelift yang telah dimuatnaik ke laman car-ideologi.com. Nampaknya bukan itu sahaja foto yang berjaya dirakam kerana kelibat Bezza facelift di atas treler pengangkut sekali lagi dikesan oleh pemilik saluran YouTube RiderAth, iaitu Ath Ang.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?

Kami tangkap layar dua foto dari video tersebut yang memaparkan bahagian belakang Bezza facelift tanpa ditutup. Walaupun resolusi video dan foto agak kurang memuaskan, kita masih dapat melihat reka bentuk bampar baharu Bezza facelift dari sudut pandangan yang berbeza.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO

Dari pandangan ini, bampar belakang Bezza facelift nampak lebih aggresif dan ia mengikut gaya rekaan terkini Perodua pada model Myvi generasi ketiga, Alza facelift dan Axia 2019. Kelihatan Bezza facelift lebih moden dan ranggi dengan gaya rekaan bampar seperti ini.

Buat masa sekarang kami tidak dapat mengulas lebih lanjut memandangkan sumber yang ada agak terhad. Apa pun, teruskan bersama kami untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai Bezza facelift yang dijangka dilancarkan pada pertengahan bulan Januari 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020
JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply