Sekali lagi unit ujian Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid berjaya ditemui oleh orang awam, kali ini di luar Lembah Klang. Model yang digunakan oleh Perodua untuk kajian pasaran bagi kenderaan hibrid di Malaysia itu telah berjaya dikesan di stesen Petronas, Genting Sempah, semalam oleh warganet bernama Danson Yoong.
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
Berkemungkinan ia baharu sahaja turun dari lokasi ujian wajib untuk semua model kenderaan baharu dari pengeluar kereta nasional atau model bukan-nasional pemasangan tempatan (CKD) di negara kita, iaitu Genting Highlands.
Foto-foto tersebut telah dimuatnaik ke laman group Ativa Club Malaysia. Baru-baru ini semasa semasa sesi pratonton Perodua Myvi facelift (2022) kepada media, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad mengesahkan yang unit ujian tersebut memang kepunyaan Perodua.
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci mengenai bilakah model tersebut akan mula diperkenalkan di negara ini. Ada ura-ura mengatakan yang Perodua bakal memperkenalkan model hibrid sulung mereka sekitar tahun 2023 dan ramai pemerhati automotif berkata Ativa adalah antara calonnya.
* Kalau anda perasan, lampu siang LED (DRL) Rocky e:Smart Hybrid macam sama je bentuknya dengan DRL Myvi facelift kan?
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Danson Yoong
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
KOMEN TERKINI