ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua sedang kaji pasaran model Ativa hibrid di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Semasa sesi pratonton Perodua Myvi facelift (2022) kepada media semalam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad mendedahkan yang syarikat itu kini sedang menjalankan kajian pasaran bagi kenderaan hibrid di Malaysia.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Ini bermakna, unit ujian Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid yang beberapa dikesan sekitar Lembah Klang sebelum ini adalah kepunyaan Perodua. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci mengenai bilakah model tersebut akan mula diperkenalkan di negara ini.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Menurut ejen perisik kami Mat Bond, ada ura-ura mengatakan yang model hibrid pertama Perodua akan hadir seawal 2023. Jika Ativa menjadi model hibrid sulung Perodua di Malaysia, ia akan berkongsi trenkuasa yang sama dengan kembarnya di Jepun, iaitu Rocky e-Smart Hybrid.

Ia dikuasakan oleh enjin petrol WA-VEX 1.2 liter yang menjana 82 PS dan 105 Nm daya kilas yang digabungkan bersama dengan motor elektrik berkuasa 106 PS dan 170 Nm daya kilas. Rocky e:Smart Hybrid turut dilengkapi dengan ciri canggih seperti Injak Pintar (Smart Pedal).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply