ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Toyota GR Hilux serta Rali Dakar tahun depan, pakai enjin Land Cruiser V6 beb!

Sukan Permotoran

Views

Toyota secara rasmi mengumumkan penyertaan mereka dalam saingan Rali Dakar 2022 menerusi trak pikap yang dinamakan GR DKR Hilux T1+ (macam nama telefon pintar pula kan?). Buat masa ini jentera lumba off-road itu masih dalam peringkat prototaip.

Pembangunan prototaip ini kan diteruskan sehingga ke acara sukan permotoran off-road berprestij, yang dijangka berlangsung pada 2 Januari tahun depan di Arab Saudi. Toyota GR Hilux ini dikuasakan oleh enjin turbo-berkembar 3.5-liter V6 yang digunakan pada J300 Land Cruiser GR Sport.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Penjana itu telah menepati output yang ditetapkan oleh FIA, iaitu sebanyak 400 kuasa kuda dan 660 Nm daya kilas. Enjin V35A V6 itu juga dikatakan lebih ringan dan mempunyai lebih daya kilas berbanding jentera rali Hilux sebelumnya.

Toyota memaklumkan yang berat keseluruhan trak tersebut telah bertambah sebanyak 2,000 kilogram, selaras dengan peraturan baharu sukan permotaran itu. Selain itu, suspensinya juga telah dinaikkan dari 280mm kepada 350mm manakala set tayar jenama BF Goodrichnya kini lebih besar dengan rim jenis aluminum.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

GR DKR Hilux T1+ menampilkan liveri baharu Gazoo Racing yang kini menjadi identiti jenama tersebut Kejohanan Rali Dunia. Toyota bakal mempertaruhkan empat jentera GR DKR Hilux T1+ dalam saingan Rali Dakar 2022.

Jentera tersebut akan dipandu oleh gandingan Nasser Al-Attiyah dan Mathieu Baumel, Giniel de Villiers dan Dennis Murphy, Henk Lategan dan Brett Cummings serta Shameer Variawa dan Danie Stassen. Ujian terakhir GR DKR Hilux T1+ akan dilakukan di Afrika Selatan sebelum ia dibawa ke Arab Saudi pada awal bulan Disember.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply