ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Perodua uji Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid di Malaysia, adakah Ativa hibrid sedang dibangunkan?

Foto Intip

Views

Baru-baru ini, Daihatsu secara tidak sengaja teracah model Rocky e:Smart Hybrid di laman sesawangnya dan ia hanya akan dilancarkan secara rasmi di Jepun pada November nanti. Namun dalam diam-diam, Perodua telah mula menguji model hibrid itu di Malaysia.

Kelibat Rocky e:Smart Hybrid telah berjaya dikesan oleh pemilik akaun Facebook bernama Alex Tung yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Perodua Ativa中文交流区 (D55L) (berbahasa Cina) di sekitar ibu kota petang tadi.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Apa yang mengesahkannya sebagai Rocky e:Smart Hybrid adalah bentuk jeriji dengan kemasan sarang lebah, meskipun logo biru Daihatsu dan emblem e:Smart Hybrid di bahagian atas lengkung tayar depan telah ditampal dengan pelekat hitam.

Model ini akan dijana oleh trenkuasa e:Smart, yang mengabungkan enjin 1.2 liter tiga-silinder (kod WA-VEX) yang disambungkan kepada motor elektrik. Kod enjin yang digunakan itu nanti sama dengan Rocky di pasaran Indonesia yang mampu menjana 88 PS dan 107 Nm daya kilas.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Enjin ini juga mampu mencapai kadar keberkesanan suhu setinggi 40 peratus. Adakah penampakan Rocky e:Smart Hybrid ini memberi petanda awal yang Perodua sedang memulakan pembangunan awal model Ativa hibrid?

Atau mungkin juga generasi baharu Alza (D27A) yang bakal menjadi model hibrid pertama Perodua seawal tahun depan atau pada 2023? Kita nantikan perkembangan yang selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Alex Tung

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply