ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua jual 20,399 unit kenderaan bulan April – Hampir 9,000 unit Ativa diserahkan kepada pemilik

Berita Tempatan

Views

Perodua menganggarkan jualan sebanyak 20,399 unit kenderaan pada April termasuk 4,624 unit Ativa, mewakili lebih 22 peratus daripada jumlah tersebut. Ini sekali gus melonjakkan jumlah pendaftaran Ativa sejak pelancarannya pada 3hb Mac lalu kepada hampir 9,000 unit.

Permintaan bagi Perodua Ativa kekal tinggi dengan hampir 290 tempahan sehari secara purata. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan padu yang diberikan.

Ujar beliau, tempoh menunggu Ativa kini dari dua hingga empat bulan, bergantung kepada warna dan varian. Beliau turut menasihatkan para pelanggan supaya behubung dengan penasihat jualan yang sah untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat mengenai tempoh menunggu bagi pelbagai kombinasi varian-warna Ativa.

JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

Jualan 20,399 kenderaan Perodua pada April mencatatkan penurunan sebanyak 16.5 peratus daripada 24,431 unit pada Mac berikutan isu kekurangan cip semikonduktor yang memberi kesan negatif kepada pelbagai industri secara global.

Jelas beliau, isu kekurangan cip semikonduktor masih berlangsung secara global, namun Perodua berjaya menghasilkan 20,278 kenderaan pada April 2021, menjadikan jumlah pengeluaran mereka setakat tahun ini sebanyak 80,661 unit.

Jualan April 2021 melonjakkan jumlah jualan Perodua setakat tahun ini kepada 78,304 kenderaan, mewakili peningkatan 74 peratus berbanding jualan 45,034 unit dalam empat bulan pertama 2020 berikutan pendaftaran minimum pada April 2020 akibat Perintah Kawalan Pergerakan pertama.

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

Tambah Datuk Zainal, Perodua akan terus berusaha untuk menyerahkan sebanyak kenderaan yang mungkin sebelum tamatnya pengecualian cukai jualan kerajaan yang berakhir Jun ini. Beliau berkata, Perodua akan mengekalkan sasaran jualan 2021 pada 240,000 unit buat masa ini.

Sasaran jualan 2021 Perodua mewakili peningkatan 9 peratus daripada 220,163 unit yang dijual pada 2020, dan dijangka membawa kepada perbelanjaan rekod sebanyak RM6.5 bilion pada tahun ini untuk membeli komponen tempatan.

Perodua juga mensasarkan pengeluaran sebanyak 272,000 unit (meningkat 23 peratus daripada 220,968 unit pada 2020) dan 2.4 juta pengambilan servis (meningkat 20 peratus daripada 2 juta pengambilan servis pada 2020) bagi tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply