ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Ini gambaran awal Proton S70, model pengganti Perdana – Tanda dagang dah didaftarkan rupanya

Impresi Artis

Views

Pada ketika ini Proton sedang giat menguji model sedan terbaharu mereka, iaitu S50 (SS11). Model yang disebut-sebut sebagai pengganti kepada Prevé itu bakal dilancarkan seawal bulan November tahun ini.

Namun, ini bukan cerita yang kami nak bawa. Kisah sebenarnya adalah mengenai karya ‘impresi artis’ terbaharu yang dihasilkan oleh pakar dalam manipulasi digital dan juga sahabat kami, Theophilus Chin@Theottle.

Karya terbaharu yang dihasilkan oleh Theottle baru-baru ini memaparkan sebuah sedan segmen-D, yang dinamakan sebagai S70.

Menurutnya, S70 adalah gambaran awal kepada model gantian Perdana yang berasaskan model Geely Preface (Xing Rui).

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Perubahan visual yang telah dibuat oleh Theottle seperti lazimnya adalah jeriji identiti Proton, iaitu Infinite Weave dan Ethereal Bow serta perubahan pada bahagian bampar.

Model asalnya, Geely Preface (Xing Rui) dibangunkan dari pelantar Compact Modular Architecture (CMA) yang dikuasakan oleh enjin 2.0-liter dengan pengecas turbo dan dipadankan bersama transmisi 7-kelajuan dwicekam (DCT).

Model sedan mewah ini telah dipilih sebagai sebagai kenderaan rasmi bagi temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Berbalik kepada Proton S70, penulis mencuba nasib untuk membuat carian tanda dagang (trademark) nama tersebut di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan telah berjaya menemuinya!

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Menerusi carian di MyIPO, permohonan tanda dagang nama Proton S70 telah pun didaftarkan pada 14 Disember 2022, di bawah Kelas 12, yang merangkumi kategori ‘kereta; kenderaan; motor automobil’.

Tanda dagang nama Proton S70 pula telah pun diwartakan secara rasmi pada 06 Julai 2023. Adakah ini bermakna ada satu lagi model sedan bakal dikeluarkan oleh Proton selepas S50 (SS11)?

Setakat ini tiada maklumat awal diterima, namun ejen perisik perisik tersohor kami, Mat Bond baru-baru ini memaklumkan lambang (emblem) S70 dikatakan telah pun wujud.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada lambang S70 itu nanti akan ditampal pada model sedan yang lain, ataupun ada kebarangkalian ia akan ditampal pada model S50 (SS11).

Kami akan cuba mendapatkan informasi terkini daripada ejen Mat Bond, dari semasa ke semasa. Buat masa ini beliau sedang bercuti. Tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin @ Theottle

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply