ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton semakin ‘rancak’ menguji Saga facelift 2019 – Ini info terbaharu yang kami terima

Video Intipan

Views

Semakin meriah laman web kami minggu ini dengan foto dan video intipan terbaharu Proton Saga facelift 2019. Sebentar tadi rakan pembaca, Muhammad Azzam Yunus telah berjaya mengesan kelibat unit ujian model tersebut di lebuhraya PLUS berhampiran R&R Seremban menuju ke arah Selatan.

Bukan satu, tetapi tiga unit Saga facelift 2019 sedang menjalani ujian ketika video ini berjaya dirakam. Masih lagi sarat dengan celoreng penyamaran, ketiga-tiga unit ujian ini dilihat memecut dengan agak laju di lorong sebelah kanan.

JOM BACA >> Gambaran bentuk papan pemuka Proton Saga facelift 2019

Besar kemungkinan unit homologasi dan kejuruteraan Proton masih mengumpul data mengenai model tersebut dan pada masa yang sama juga menguji transmisi automatik baharu yang dibekalkan oleh Hyundai PowerTech.

Maklumat terbaharu yang kami terima, Saga facelift 2019 hanya akan ditawarkan dalam dua pilihan varian –  Standard (Manual atau Automatik 4-kelajuan) dan Premium (Automatik 4-kelajuan). Yang menarik varian Standard kini dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak

Tombol gear automatik bagi transmisi automatik baharu akan menggunakan unit yang sama pada model Persona 2019 varian Executive. Saga facelift 2019 akan ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Jet Grey, Snow White, Ruby Red, Armour Silver dan Rosewood Maroon.

Unit infohiburan dengan skrin sentuh bagi varian Premium Saga facelift 2019 tidak akan dilengkapi dengan ciri Arahan Suara, jadi Saga masih lagi ‘belum pandai bercakap’ buat masa ini. Dikatakan harga model ini akan ‘turun sedikit’ tetapi dengan penambaikan yang dibuat ia sememangnya pembelian yang sangat berbaloi.

Dijangka Saga facelift 2019 bakal dilancarkan pada bulan Ogos nanti, dan ketika ini ia sedang berada pada fasa pra-pengeluaran. Kami difahamkan pengeluaran secara massa akan bermula pada bulan hadapan dan bulan ini merupakan pengeluaran yang terakhir untuk model semasa Saga.

Nantikan info selanjutnya!

JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply