Semalam kami mendapat info mengenai susun atur papan pemuka Proton Saga facelift 2019 menerusi sumber yang boleh dipercayai. Jadi dengan sedikit ilmu manipulasi foto, kami membuat sendiri gambaran bentuk papan pemuka tersebut dan hasilnya adalah seperti yang anda dapat lihat.
Walaupun nampak amatur, inilah yang terbaik dapat kami hasilkan. Secara kasar reka bentuk keseluruhan tidak mengalami perubahan besar kecuali di konsol tengah dan juga pada paparan meter. Apa yang menarik, konsol tengah papan pemuka Saga facelift 2019 kini mempunyai satu unit pemain audio yang terapung, seakan model Mazda dan juga KIA.
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
Unit pemain audio atau sistem infohiburan multimedia itu kini berada di bahagian atas konsol tengah, menggantikan kedudukan corong pendingin hawa yang kini dialihkan sedikit ke bawah. Untuk varian standard, unit pemain audio adalah sama dengan unit yang digunakan pada model Iriz dan Persona 2019 versi Standard. Besar kemungkinan untuk varian Premium akan dilengkapi dengan unit infohiburan dengan skrin sentuh, namun tidak pasti ia dilengkapi dengan ciri Arahan Suara atau tidak.
Di bawah corong pendingin hawa itu ada satu ruangan kosong yang memanjang, mungkin ia untuk meletak peranti mudah alih atau kad Touch ‘N Go. Di bawah ruangan kosong tersebut, susun atur papan pemuka asal dikekalkan. Stereng asal juga masih sama dan satu lagi perubahan ketara adalah pada kelompok meter.
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
Dari info yang kami dapat, meter yang akan digunakan pada Saga facelift 2019 nanti merupakan unit yang sama pada model Exora 2019. Walaupun tanpa skrin berwarna di tengah, ia masih lagi nampak moden dan lebih kemas. Ini mungkin satu lagi keseragaman dalam rekaan dalaman yang menerapkan identiti baharu keluarga Proton yang mula ditampilkan pada model Iriz dan Persona 2019.
Buat masa ini kami tiada menerima info mengenai bentuk tombol gear automatik baharu, memandangkan Saga facelift 2019 akan mendapat unit transimisi baharu yang dibekalkan oleh Hyundai PowerTech. Kami akan cuba mendapatkan gambaran rekaan luaran Saga facelift 2019 pula selepas ini, nantikan!
Apa pendapat anda mengenai hasil karya manipulasi foto kami ini? Ok ke tak?
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI