ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Haima S5 Young dah masuk ke pasaran Malaysia?

Foto Intipan

Views

Satu lagi jenama dari China telah membawa masuk SUV/crossover kompak mereka ke pasaran Malaysia. Jenama tersebut adalah Haima dan beberapa foto intipan model S5 Young tanpa sebarang celoreng penyamaran telah berjaya dirakam oleh rakan pembaca, Cedric Ng.

Menurutnya, kelibat model S5 Young itu telah berjaya dikesan sekitar Setapak. Tidak pasti sama ada unit yang dikesan ini untuk dihantar kepada pelanggan atau masih lagi menjalani ujian. Memang kami tidak tahu menahu langsung mengenai model ini.

JOM BACA >> INTIP : Proton semakin ‘rancak’ menguji Saga facelift 2019 – Ini info terbaharu yang kami terima

Sejujurnya, kami juga tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai syarikat mana yang membawa masuk model ini ke Malaysia. Sama ada ia dibawa terus secara siap bina (CBU) dari China atau dipasang secara tempatan (CKD) juga tidak diketahui.

Sedikit info mengenai Haima S5 Young, ia dijana oleh pilihan enjin petrol 1.5 L GN15-TF turbo I4 atau 1.6 L GN16-VF1 I4 yang dipadangkan dengan transmisi 5-kelajuan manual atau CVT. Ia merupakan SUV/crossover kompak lima tempat duduk dengan pacuan roda hadapan.

JOM BACA >> Gambaran bentuk papan pemuka Proton Saga facelift 2019

Dari segi dimensi, Haima S5 Young berukuran 4,195 mm panjang, 1,765 mm lebar, 1,637 mm tinggi dan jarak antara gandar pula 2,560 mm. Jika dilancarkan dalam masa terdekat, ia bakal bersaing dengan Perodua Aruz dan Honda BR-V memandangkannya berada dalam segmen SUV/crossover kompak.

Kami akan cuba mendapatkan lebih info mengenai model ini dari semasa ke semasa, nantikan!

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

Haima S5 Young

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply