ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton X50 varian Flagship jalani ujian di Thailand

Foto Intip

Views

Setelah sekian lama, pengeluar kereta nasional Proton akhirnya bakal kembali ke bumi Thailand. Sebelum ini, keputusan ujian model X50 yang telah menerima penarafan 5-bintang dari Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) ibarat memberi petanda awal mengenainya.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Ia diperkukuhkan lagi dengan foto intip varian Flagship SUV kompak tersebut yang sedang menjalani ujian jalan raya lengkap dengan pelitup celoreng di sekitar bandar Songkhla. Foto kelibat unit ujian tersebut telah dimuat naik ke laman Facebook Car spotting Thailand pada 3 Februari lalu.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Menurut rakan media di WapCar.my, besar kemungkinan Proton akan menawarkan sekurang-kurangnya dua pilihan varian untuk pasaran di Thailand, iaitu varian asas, Standard dan juga andalan, Flagship. Difahamkan, Proton juga sedang membangunkan sistem arahan suara ‘Hi Proton’ dalam bahasa Thailand.

Proton sebelum ini pernah bertapak di Thailand sekitar tahun 2005 hingga 2010 dan antara model yang pernah ditawarkan di negara Gajah Putih itu adalah model hatchback kompak Savvy dan juga MPV 7-tempat duduk Exora. Dijangka Proton X50 bakal menerima saingan sengit dari beberapa model SUV kompak lain seperti Honda HR-V dan Toyota Corolla Cross.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply