ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Lagi foto Saga R3 Limited Edition termasuk bahagian tengah papan pemuka

Foto Intip

Views

Semakin banyak pula foto Saga R3 Limited Edition yang sedang menunggu giliran untuk di hantar ke pusat pameran Proton dimuat naik ke laman sosial. Terbaharu, foto beberapa unit model tersebut sedang disusun di satu kawasan lapang, berkemungkinan besar di pelabuhan telah dikongsikan oleh seorang warganet bernama Mad Egi.

Foto ini mungkin dirakam dari jauh memandangkan resolusi gambar yang sedikit kabur, namun kita masih boleh melihat bahagian belakang Saga R3 Limited Edition yang juga diselitkan dengan dengan kemasan jejalur kuning pada bahagian bawah bampar.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Jika diperhatikan secara teliti, bentuk bampar belakangnya masih lagi sama dengan model semasa tanpa sebarang tambahan skirting mahu pun diffuser. Lencana R3 berwarna kuning juga kelihatan pada penjuru kanan pintu but selain pelekat cermin berwarna kuning turut ditampal pada cermin belakang.

Satu lagi foto telah dikongsikan oleh rakan pembaca, Syafiq Sulong yang memaparkan bahagian tengah papan pemuka Saga R3 Limited Edition. Dalam artikel sebelum ini, kami pernah menyiarkan foto sebahagian daripada papan pemuka model tersebut dan kali ini ia memperlihatkan keseluruhan bahagian tengah.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Kemasan calitan kuningnya sama seperti model Saga Anniversary Edition dan ia hanya berbeza pada kemasan balutan tempat duduk yang menggunakan jenis kulit dengan jahitan benang berwarna kuning serta sulaman logo R3 Limited Edition pada penyandar kepala.

Satu lagi perbezaan adalah grafik animasi permulaan yang memaparkan logo R3 Limited Edition pada unit infohiburannya. Saga dan Iriz R3 Limited Edition dijangka dilancarkan serentak bersama-sama Persona Black Edition pada 18 Februari nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply