ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Toyota Corolla CROSS buat kemunculan global pertama di Thailand

Berita Global

Views

Perang SUV semakin sengit! Hari ini Toyota Motor Corporation membuat pelancaran global pertama SUV kompak Corolla CROSS di Thailand. Ini sekali gus menandakan permulaan jualan SUV tersebut di negara Gajah Putih itu. Model yang dibangunkan dari pelantar TNGA (GA-C) ini ditawarkan dengan pilihan penjana petrol dan hibrid.

Ia berukuran 4,460 mm panjang, 1,825 mm lebar, 1,620 mm tinggi dengan jarak antara gandar 2,640 mm. Varian aras mulanya didatangkan dengan enjin 1.8-liter petrol yang mampu menghasilkan 140 kuasa kuda dan 175 Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan dengan kotak gear CVT pacuan roda hadapan.

Toyota turut menawarkan varian hibrid yang menggabungkan enjin 1.8-liter berkuasa 98 kuasa kuda dan 142 daya kilas dengan sebuah motor elektrik yang menghasilkan tambahan 72 kuasa kuda dan 163 Nm daya kilas. Kombinasi hibrid ini disambungkan pula dengan transmisi CVT elektrik.

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

Corolla CROSS dilengkapi dengan topang hadapan MacPherson, torsion-beam untuk suspensi belakang, empat brek cakera dan ditawarkan dengan pilihan rim aloi 17 dan 18 inci yang dibalut dengan tayar 215/60 dan 225/50.

Dari segi reka bentuk, SUV ini tidaklah seperti Corolla hatchback yang di’SUV’kan, tetapi ia lebih mirip kepada RAV4 versi cilik. Rekaan depannya kelihatan agak ‘bengis’ dengan sepasang lampu sepet yang mengapit jeriji bersaiz besar. Sekilas pandang ia seakan karektor seekor burung dalam permainan video ‘Angry Birds‘ yang berwarna kuning.

SUV ini turut dihiasi dengan aksesori wajib sebuah SUV seperti bampar, skirt sisi dan lapik lengkung tayar dan sepasang rel bumbung dengan kemasan hitam. Rekaan belakang SUV ini tidaklah terlalu menonjol dan nampak agak ringkas dengan sepasang lampu melintang serta bampar hitam bersama plat gelincir kemasan krom.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Di dalam kabin, ia nampak agak unik dengan reka bentuk papan pemuka yang seakan model Corolla versi hatchback. Papan pemukanya tidaklah seperti SUV atau crossover yang lazim, namu ia ‘cukup rasa’ dengan susun atur yang ringkas dan tidak terlalu berserabut. Penggunaan dwitona warna dengan selingan kemasan krom pula menjadikan ruang kabin model ini nampak lebih mewah dan elegan.

Corolla CROSS ditawarkan dalam tujuh pilihan warna, antaranya Metal Stream Metallic, Red Mica Metallic, Attitude Black Mica, Celestite Gray Metallic, Platinum White Pearl, Nebula Blue dan Graphite Metallic. Dari segi keselamatan ia dilengkapi dengan tujuh beg udara sebagai ciri standard, manakala Toyota Safety Sense ditawarkan untuk varian paling tinggi sahaja.

Jualan Corolla CROSS akan bermula bulan ini di Thailand terlebih dahulu dan ia disusuli dengan pasaran lain kemudian. Namun buat masa ini Toyota masih belum mengumumkan perincian tersebut. Adakah model ini akan dibawa masuk ke Malaysia? Kami meramalkan ada kemungkinan Toyota Malaysia akan memasangnya secara tempatan dan ia bakal menjadi senjata yang paling ampuh untuk menggangu pasaran SUV segmen-C.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply