ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Saga facelift varian Standard manual masih pakai rim kompang?

Foto Intipan

Views

“Kompang dipalu, pengantin baru, duduk bersanding tersipu malu… ewahh!!” Hujung tahun ini kereta terbang pertama negara dah nak keluar tapi masih ada varian pakai rim kompang lagi ke Proton? Biar betul, agak-agak lah kalau nak kurangkan kos sekalipun. Pesaing pun dah bagi rim aloi untuk varian paling asas tau!

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

Ok dah, cukup membebel. Berbalik kepada foto intipan terbaharu ini, jelaslah masih ada lagi model Proton baharu yang pakai “rim kompang” dengan cermin sisi dan pemegang pintu tak dicat, ibarat kereta yang tidak siap.

Foto-foto ini berjaya dirakam oleh Fadly Farrell petang semalam dan telah dimuat naik ke laman Facebook rakan sekutu kami TheAjerul. Menurut info yang kami terima, unit ujian dengan “rim kompang” ini merupakan varian Standard dengan transmisi manual, tetapi untuk transmisi automatik, ia akan dilengkapi dengan rim aloi. Pelik tapi benar.

JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?

Pada kami, adalah lebih baik kesemua varian dilengkapi dengan rim aloi, yang membezakan hanyalah saiznya sahaja. Bukan apa, bila dibandingkan dengan varian Premium yang ada rim aloi yang cukup gah, nampak seolah-olah ada ‘kasta’ di situ.

Kami harap selepas ini Proton akan melengkapkan kesemua model mereka dengan rim aloi dan semua anggota badannya dicat dengan sempurna. Varian paling rendah tidak semestinya perlu nampak ‘cikai’ kan? Kami harap jangan ada yang ‘terasa hati’ dengan artikel kali ini, dan yang penting jangan minta turunkan pula macam artikel malam tadi.

Kami gerak dulu. Adios!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital
JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard
JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply