ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Sedan coupe elektrik Geely Galaxy E8 jalani ujian di China, pelancaran suku keempat (Q4) 2023

Foto Intip

Views

Model ketiga di bawah siri Geely Galaxy, iaitu Galaxy E8 bakal dilancarkan selepas L7 dan L6. Baru-baru ini, ia telah berjaya dikesan ketika sedang menjalani ujian jalan raya di China.

Tanda harganya dijangka sekitar 300,000 yuan (RM190,593). Galaxy (银河) merupakan jenama Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) yang menghasilkan kenderaan elektrik dan juga hibrid berpalam (plug-in) dalam segmen pasaran sederhana hingga ke mewah.

Galaxy merancang untuk melancarkan tujuh produk dalam tempoh dua tahun yang mendatang dan kesemuanya dibina dari pelantar elektrik pintar Geely.

Empat model pertama merupakan model hibrid siri L, termasuklah SUV Galaxy L7, sedan Galaxy L6 dan SUV Galaxy L5. Galaxy L6 bakal dilancarkan pada suku ketiga (Q3) tahun ini.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Tiga lagi model merupakan model elektrik penuh siri E dan Galaxy E8 merupakan model pertama yang akan dilancarkan pada  suku ketiga (Q3) 2023. Sebagai model mercu dalam siri sedan Galaxy, E8 bakal berentap dengan BYD Han.

Pada April lalu, model konsep Galaxy E8 telah dipamerkan semasa Shanghai Auto Show 2023. Model konsep itu menampilkan gaya reka bentuk fastback dengan roda bersaiz besar, pintu nirbingkai dan pemegang pintu tersembunyi.

Bahagian bumbung Galaxy E8 dilengkapi dengan sistem lidar tersembunyi dan kamera berdefinisi tinggi yang bersepadu pada kedua-dua sisi kereta tersebut. Model ini juga mempunyai pekali seretan serendah 0.19Cd.

Di bahagian depan, Galaxy E8 menggunakan rekaan jeriji tertutup dengan bentuk lampu hadapan yang memanjang dan nipis.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Bahagian kokpitnya bakal dilengkapi dengan panel instrumen 10.25-inci LCD penuh, skrin kawalan di tengah 13.2-inci, skrin penumpang hadapan 16.2-inci dan paparan tegak realiti terimbuh (AR) bersaiz 25.6-inci.

Selain itu, Galaxy E8 akan menguna pakai sistem operasi kenderaan Galaxy N OS yang dibangunkan sendiri oleh Geely.

Bukan itu sahaja, ia akan menyokong sistem bantuan pemanduan termaju yang merangkumi pengelakkan halangan dan parkir kendiri.

Buat masa ini, Geely masih lagi ‘berahsia’ tentang perincian rangkaian kuasanya. Apa pun, nantikan informasi yang selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit autohome.com

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply