ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP: Subaru WRX 2022 tiba di Pelabuhan Klang, bakal dilancar dalam masa terdekat?

Foto Intip

Views

Kelibat unit siap bina (CBU) Subaru WRX telah berjaya dikesan di Pelabuhan Klang baru-baru ini. Unit berwarna biru itu telah berjaya dirakam oleh pemilik akaun Facebook bernama 范哲睿.

Menurut pengedar jenama berkenaan di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd, model sedan yang diinspirasikan-rali ini merupakan salah satu model yang akan dibawa masuk ke pasaran negara ini, bersama-sama Subaru BRZ 2022, Subaru Outback dan Subaru WRX Wagon (Subaru Levorg).

Model ini dibangunkan dari Subaru Global Platform, sama seperti Outback, namun ia lebih berprestasi. Subaru WRX dijana dengan enjin boxer empat-silinder 2.4-liter turbocas yang menghasilkan 271 kuasa kuda dan 258 lbs-ft daya kilas.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Enjin ini digandingkan dengan pilihan transmisi enam-kelajuan manual atau CVT yang boleh ditukar secara manual menerusi lapan nisbah tetap.

Versi manual dikatakan 30 peratus lebih pantas pada anjakan tinggi dan 50 peratus lebih pantas pada anjakan rendah.

Ia didatangkan secara standard pada versi WRX GT yang turut dilengkapi dengan peredam adaptif yang dikawal secara elektronik, yang pertama untuk WRX.

Versi GT pula dipasang dengan tempat duduk Recaro berkuasa lapan-cara yang dibaluti Ultrasuede dengan jahitan bebenang merah, pakej keselamatan Subaru EyeSight dan rim aloi bersaiz 18-inci.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Dari segi penampilan, ia hadir dengan lampu depan LED berbentuk-cakar dan skup udara yang lebar pada hud depan.

Fender hadapannya diperbuat daripada aluminium, menjadikannya 2.3 kg lebih ringan, manakala lapik pada lengkung tayar memberikannya gaya lasak seperti sebuah crossover.

Rekaan bentuk lampu belakangnya pula diinspirasikan dari ‘aliran lahar gunung berapi’, namun sekilas pandang, ia persis lampu belakang Perodua Bezza.

Setakat ini belum kedengaran desas-desus bilakah Subaru WRX akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Apapun, kita nantikan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit 范哲睿

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply