ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Toyota Veloz 2022 ‘menyelit’ di celah-celah Perodua Alza (D27A), ada versi dwitona?

Foto Intip

Views

Jika anda perasan, dalam rakaman video tular yang memaparkan deretan unit pengeluaran Perodua Alza (D27A), kelihatan kelibat beberapa unit model Toyota Veloz 2022 sedang ‘menyelit’ di celah-celahnya.

Ia dapat dilihat menerusi perbezaan bentuk jeriji hadapan dan lampu utama. Bukan itu sahaja, Veloz 2022 akan turut ditawarkan dengan versi warna luaran dwitona.

Ini sekali gus mengesahkan informasi dari ejen perisik Mat Bond, yang berkata model Veloz 2022 antara yang disebut-sebut untuk menjadi salah satu calon model baharu Toyota pada tahun ini.

Veloz 2022 akan dipasang secara pemasangan kontrak di fasiliti pengeluaran Perodua. Di Indonesia, ia ditawarkan dengan tiga pilihan varian, bermula dengan varian MT, Q CVT dan Q CVT TSS.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Model pengganti Avanza ini dikuasakan oleh enjin 1.5 -liter 2NR-VE yang menghasilkan 106 PS dan 137 Nm daya kilas. Besar kemungkinan ‘Veloz versi Malaysia’ hanya ditawarkan dengan pilihan transmisi CVT sahaja.

Model MPV ini menjadi model sulung Toyota yang dinilai di bawah protokol baharu 2021-2025, Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

MPV tujuh-tempat duduk itu berjaya menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP dengan jumlah skor keseluruhan 79.99 mata.

Berikut adalah skor bagi keputusan ujian untuk model Toyota Veloz 2022:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 34.88 mata daripada 40.00 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 17.17 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) – 16.03 mata daripada 20.00 mata keseluruhan
  • Keselamatan Motosikal (MS) – 11.92 mata daripada 20.00 mata keseluruhan

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Model ini dilengkapi dengan 6 beg udara sebagai kelengkapan standard di semua negara yang menawarkannya kecuali yang dijual di Indonesia yang menawarkan varian dengan 2 beg udara.

Selain itu, antara ciri-ciri standard Veloz 2022 adalah Brek Kecemasan Autonomi (AEB) Bandar, AEB Antara-Bandar dan Pengesan Titik Buta.

Veloz 2022 juga ditawarkan dengan Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Amaran Keluar Lorong (LDW) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA) sebagai kelengkapan pilihan untuk kesemua varian.

Ura-ura mengatakan, ‘Veloz versi Malaysia’ merupakan varian paling andal berbanding yang ditawarkan di negara-negara lain setakat ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply