ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Ujian Proton X50 diteruskan meskipun dalam fasa PKPP

Foto Intip

Views

Setelah beberapa bulan terpaksa berkurung kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), unit ujian homologasi Proton X50 kembali turun ke jalan raya. Meskipun masih lagi dalam fasa awal Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kelibat model tersebut berjaya diintip dan dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter bernama ashrafrashid_.

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?

Tidak diketahui di mana lokasi sebenar unit ujian itu ditemui, namun besar kemungkinan ia di sekitar Lembah Klang. X50 yang masih sarat dengan celoreng penyamaran ini juga adalah versi Proton yang sebenar, bukan lagi unit pemanduan kiri Geely Bi Yue (SX11) kerana jelas kelihatan jeriji berunsur Infinite Weave dari arah depan.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Apa yang kami tahu setakat ini, Proton telah mula melakukan ujian percubaan awal beberapa unit model X50 di Tanjung Malim. Pada masa yang sama juga, Proton sedang giat menambah tenaga kerja untuk kilang pengeluaran tersebut dan dijangka pengeluaran massa X50 akan bermula sebelum Oktober 2020, sekiranya tiada perubahan dibuat.

Ada juga desas-desug yang mengatakan Proton akan mula membuka tempahan awal model ini pada bulan depan dan ia akan dilancarkan pada bulan September 2020. Kami akan cuba menyeru Mat Bond kembali untuk beraksi, kerana buat masa ini beliau masih dalam ‘mood Aidilfitri 2.0’. Tunggu ye!

KLIK UNTUK BESARKAN

Gambaran digital Proton X50 dari Theophilus Chin

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply