Malaysia bakal menyambut ulang tahun Kemerdekaannya yang ke-66 tidak lama lagi. Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, Maxim E-hailing akan meraikan ulang tahun itu dengan tema “Jalur Gemilang”.
Tema untuk sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini adalah ”Malaysia Madani: Tekad perpaduan, penuhi harapan”.
Bagi meraikan semangat itu, Maxim E-hailing telah mereka bentuk pelekat khas yang menampilkan rekaan Jalur Gemilang di dalam simbol ‘GPS’ yang akan ditampal pada bahagian atas hadapan bonet kereta.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Bukan itu sahaja, Maxim E-hailing turut merancang untuk menganjurkan perarakan merdeka dengan konvoi kereta dan motosikal yang ditampal dengan pelekat tersebut.
Maxim E-hailing juga akan menawarkan faedah yang menarik untuk Rakan-pemandu yang menampal pelekat khas tersebut pada kereta mereka.
Selain itu, elaun bulanan untuk kereta berjenama, pesanan yang diutamakan, promosi kempen dan kadar komisen yang rendah akan turut diberikan.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Pemasangan akan mengambil masa 20 minit dan Rakan-pemandu boleh mendapatkannya secara percuma di pejabat terdekat.
Mereka boleh mendapatkan akses kepada pelekat kenderaan di seluruh bandar di Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Rakan-pemandu yang menampal pelekat tersebut berpeluang menyertai konvoi yang telah dirancang. Menurut Ketua Malaysia, Mohd Hazwan, ini adalah peluang untuk Maxim E-hailing berkongsi semangat patrioritik dan penghargaan terhadap hari kemerdekaan.
Tambahnya, ia secara tidak langsung menjadi satu penghormatan buat pihaknya untuk mengibarkan bendera Malaysia pada kereta.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI