ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian ‘olok-olok’ Mitsubishi Triton/L200 generasi baharu dikesan, guna lampu depan Mirage

Foto Intip

Views

Nampaknya Mitsubishi tidak berdiam diri setelah pesaingnya Ford melancarkan Ranger generasi baharu dan mula menguji model generasi baharu trak pikap Triton/L200.

Portal permotoran, Carscoops.com baru-baru ini telah memuat naik beberapa foto intip unit ujian ‘olok-olok’ trak pikap satu tan itu yang dikesan sedang melakukan ujian musim sejuk di Arctic Circle.

Difahamkan unit ujian yang masih sarat dengan pelitup celoreng penyamaran itu sedang menguji casis baharu dan masih belum menggunakan rupa sebenarnya.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Apa yang kelihatan pelik adalah ia memijam lampu depan model hatchback kompak Mitsubishi Mirage/Spacestar keluaran tahun 2012 (versi pra-facelift).

Lampu tersebut telah dilekatkan pada bampar depan bersama-sama lampu kabus. Selain itu, apa yang boleh dilihat adalah reka bentuk luaran yang seiras dengan model facelift Triton/L200 varian dual-cab dan ini termasuklah ruang kabinnya.

Apa yang berbeza adalah jarak antara gandarnya yang lebih panjang dan kedudukan baharu paip ekzos pada bahagian bampar belakang.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Kelihatan juga palet dan sangkar besi diletakkan pada bahagian bed belakangnya, dan ini mungkin untuk menguji keupayaan membawa bebanan dan keseimbangan berat trak pikap itu.

Generasi baharu Mitsubishi Triton/L200 dijangka bakal dilancarkan seawal 2023 atau 2024 dengan menampilkan casis kerangka-tangga yang dipertingkatkan dan reka bentuk serba baharu.

Jika mengikut trend terkini dalam segmen trak pikap satu tan, model ini dijangka akan mendapat lebih teknologi dan ciri-ciri keselesaan kerana pembeli akan menggunakannya bagi tujuan bekerja dan beriadah.

Desas-desus turut bertiup kencang mengatakan yang model off-road khusus untuk trak pikap ini mungkin akan ditawarkan sebagai pilihan untuk bersaing dengan Ford Ranger Raptor.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Carscoops.com

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply