ARKIB

KATEGORI

Tular

Video pemandu Proton Perdana ‘berlagak samseng’ tular, polis masih belum terima sebarang laporan

Tular

Views

Baru-baru ini, tular sebuah klip video memaparkan seorang lelaki bersongkok bertindak ‘ala samseng’ menghalang sebuah kenderaan lain di Setia Alam.

Menurut K! ONLINE, kejadian berlaku pada Ahad lalu tular menerusi video berdurasi dua minit 18 saat yang dimuat naik di laman Twitter dengan pelakunya menaiki sebuah kereta jenis Proton Perdana.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Berdasarkan video berkenaan, kereta Proton Perdana itu yang didakwa cuba memotong barisan di sekitar jalan berkenaan sebelum mengejar kenderaan mangsa lalu berhenti dan menghalang laluan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisoner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai imej dan video pemandu lelaki itu di laman Twitter seorang individu pada pukul 4.18 petang kelmarin.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di Jalan Setia Gemilang U13/45B berhadapan pangsapuri Seri Mutiara.

Tambah beliau, menerusi klip video tular itu, ia menunjukkan tindakan pemandu kereta yang berlagak samseng dengan menghalang laluan kereta mangsa.

Jelas beliau, semakan mendapati tiada sebarang laporan polis dibuat mana-mana pihak berhubung kejadian itu setakat ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply