ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ralit berlumba, empat ‘Superman’ rempit terciduk

Berita Tempatan

Views

Keterujaan empat pelesit rempit melakukan aksi ‘Superman’ ketika berlumba haram di Pantai Seagate, Lebuh Raya Tun Dr. Lim Cheung Eu di George Town akhirnya memakan diri apabila diberkas polis semalam.

Menurut KOSMO! ONLINE, remaja berusia 16 hingga 19 tahun itu masing-masing ditahan dalam Ops Samseng Jalanan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Barat Daya dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Video penunggang motosikal terbabit berjaya dirakam pasukan polis di lokasi kejadian sebelum tangkapan dilakukan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, berdasarkan siasatan awal, kesemua mereka didapati menunggang motosikal secara berkumpulan serta melakukan aksi ala Superman sambil menduga kelajuan.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Menerusi satu kenyataan media hari ini, beliau memaklumkan keempat-empat tangkapan telah direman selama tiga hari sehingga 23 Ogos untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, sebanyak tujuh buah motosikal disita termasuk motosikal yang digunakan pesalah terbabit mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Hasil pemeriksaan lanjut, sebanyak 28 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Pihak polis akan sentiasa memantau aktiviti samseng jalanan pada setiap masa terutama ketika hujung minggu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply